17 February 2013

Tanda-tanda Sebelum Kematian

Assalamualaikum W.b.t semua :)
Harini mood sangat happy sebab dapat jumpa bestfriend Hanis Yasmin
kira lepasla jugak rindu ni pada beliau. Tambah2 lagik haritu dah janji kat dia nak belanja tengok wayang.
So, belanja la tengok wayang cerita Kerat 14. Later laa aku buat review ye :)
So balik tu, tak berlengah on PC nak bukak FB, 
terbaca kat group Sharodzian,
pasal kematian Allahyarhamah Kak Nur Amirah Syakirah Jamsari (Miki),

Kak Miki comel :) tinggal kenangan.. *gambar ehsan blog beliau 

Subhanallah.. bergetar rasa tangan laju jantung ni berdegup.
macam2 yang aku rasa. Ofcourse la rasa sedih sebab dulu rapat la jugak dengan Arwah,
sebab kitorang rumah sukan yang sama, Sumayyah.
Sebak rasa hati.
Bila orang yang kita kenal, pernah tinggal sebumbung pula,
perna bergurau senda bertepuk tampar,
Terasa seperti malaikat maut tu sangat dekat dengan diri sendiri.
Maut tak kenal usia. 
Sungguh, maut tak kenal tempat dan masa.

Sahabatku, 
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)

Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.
Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)

Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)



Jomla sama-sama kita baca Tanda-tanda disaat kematian ni.
Semoga apa yang aku titipkan dalam entry kali ni, berikan kita kesedaran, 
hidup takkan kekal lama,
terutamanya untuk aku ni. 
Selalu alpa, selalu cuai dan ikut kehendak nafsu.
dunia takkan kekal..
hanya jambatan semata-mata untuk ke alam yang lebih nyata kelak. 
Jom kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah.
Sesungguhnya, Allahlah yang turunkan hidayah kepada kita semua untuk mengingati mati.


Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari kematian. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
i) Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sedar serta berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati.
ii) Selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari kematian


i) Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut -  denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah S.W.T.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
iii) Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini   terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.
Tanda 5 hingga 7 hari sebelum hari kematian.

i) Anak lidah bergerak-gerak.
ii) Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari

i) Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
ii) Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
i) Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
ii) Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
`"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail  akan   menebarkan  sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail  akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
p/s: Aisah r.a pernah bertanya, Ya Rasullullah, bolehkan sesiapa tergolong syahid tanpa mengorbankan diri di jalan ALLAH ? Nabi menjawab, Ya, orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari semalam, boleh di kira syahid. :)

Yang baik semua dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri. Semoga jadi peringatan pada kita semua.. 
Assalamualaikum :)

love,

6 comments:

gigiAriEma said...

bestkan dpt jumpa besfren. :)

*ajal maut,jdoh pertemuan semua dh ditentukan. kita yg hidup berusaha sama tuk akhirat kn. :)

Mya Amyra said...

betul tu dear :D sokong2

fatal1ty said...

Salam, boleh layari blog kami untuk produk timur tengah

Cik Puan Ena said...

Kita yang hidup ni kena selalu beringat2.. Jgn leka dgn duniawi.. Ok bape result mya ye? Xnak sharing ke..huhu.. Hope tbaik.. Cita2 nak jadi ape? Nak tahu cita2 sis?jom singgah baca.. Alhamdulillah da kecapi impian itu.

Abang Menaip said...

Assalamualaikum, saya dtg singgah dan follow blog ni :D smile always !!

Unknown said...

Salam.
Ariru saya ade rse getaran kt bhagian pusat.
Bru2 ni saje.
Tp gegar 1 bdn saye x prasan plk.
Smnjk 2 mnjk ni diri trase mcm len mcm je.
Knpe ye?