13 June 2013

The start of something new.

Assalamualaikum hihi.
Its been a while since the last update from me. Goshh. dont know why this laziness keep hitting me over and over.
Or maybe the passion in blogging is no longer in my blood. Okay Im kidding. Yup.
Sebenarnya aku ada blog lain. eheehe tapi private laa. and I made it for myself as a diary ofcourse.
So bila da tulis dalam tu tiap tiap hari,
then this blog was abandoned and ignored. Awh Im sorry dear bloggie. hihi

Okay my latest tidings..hmm let me think of one..
haa! holiday ofcouse. haaha . well macam sumorang tau, aku sekarang duk menunggu nak masuk KMB.
based on the online status, aku kena register 2nd of July.
baaahaaha serius lame weh. orang lain semua da masuk kolej aku still tercangok kat rumah -.-


disebabkan itu... abah pun rancang la satu vacation trip.. ke Sabah. hooray ! haaha
aku malas la nak wat review pepanjang. letak gambar je boleh? 


okay this is one of my picture on the first day at Sabah. we went to Kinabalu Park where is located at Poring and this cute little waterfall is called Kipungit Waterfall.


this one is the picture of me at one of the popular island at Kota Kinabalu, Sapi Island. We went there on our second day of vacation and it was splendid! the water is just crystal clear and blue, you can even see your own feet at the bottom of the seabed. Imagine it! 
Each of us was given a life jacket and also a snorkeler as well.


 Le family :*


Gudbye Kota Kinabalu. We'll miss you :'(

heehe those 3days and 3nights of vacation was awesome!]
*except for the last part where our plain was diverted to Senai International Airport due to the bad weather at KLIA.
haaaha takpelaa pengalaman kann.. hmm hmm..  eh eh mama beli ayam la
okay aku nak g makan. nak ikut? meh datang rumah. haaha bye sumorang 
Assalamualaikum

love,

17 February 2013

Tanda-tanda Sebelum Kematian

Assalamualaikum W.b.t semua :)
Harini mood sangat happy sebab dapat jumpa bestfriend Hanis Yasmin
kira lepasla jugak rindu ni pada beliau. Tambah2 lagik haritu dah janji kat dia nak belanja tengok wayang.
So, belanja la tengok wayang cerita Kerat 14. Later laa aku buat review ye :)
So balik tu, tak berlengah on PC nak bukak FB, 
terbaca kat group Sharodzian,
pasal kematian Allahyarhamah Kak Nur Amirah Syakirah Jamsari (Miki),

Kak Miki comel :) tinggal kenangan.. *gambar ehsan blog beliau 

Subhanallah.. bergetar rasa tangan laju jantung ni berdegup.
macam2 yang aku rasa. Ofcourse la rasa sedih sebab dulu rapat la jugak dengan Arwah,
sebab kitorang rumah sukan yang sama, Sumayyah.
Sebak rasa hati.
Bila orang yang kita kenal, pernah tinggal sebumbung pula,
perna bergurau senda bertepuk tampar,
Terasa seperti malaikat maut tu sangat dekat dengan diri sendiri.
Maut tak kenal usia. 
Sungguh, maut tak kenal tempat dan masa.

Sahabatku, 
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)

Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.
Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:

"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)

Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah: 08)



Jomla sama-sama kita baca Tanda-tanda disaat kematian ni.
Semoga apa yang aku titipkan dalam entry kali ni, berikan kita kesedaran, 
hidup takkan kekal lama,
terutamanya untuk aku ni. 
Selalu alpa, selalu cuai dan ikut kehendak nafsu.
dunia takkan kekal..
hanya jambatan semata-mata untuk ke alam yang lebih nyata kelak. 
Jom kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah.
Sesungguhnya, Allahlah yang turunkan hidayah kepada kita semua untuk mengingati mati.


Tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari kematian. 
Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
i) Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka sedar serta berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati.
ii) Selanjutnya maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari kematian


i) Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut -  denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arasy Allah S.W.T.  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan ke atas kita. Antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.
iii) Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini   terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.
Tanda 5 hingga 7 hari sebelum hari kematian.

i) Anak lidah bergerak-gerak.
ii) Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba hanya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari

i) Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasa maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
ii) Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dirasa jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
i) Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
ii) Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah, berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
`"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail  akan   menebarkan  sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail.
“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail  akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
p/s: Aisah r.a pernah bertanya, Ya Rasullullah, bolehkan sesiapa tergolong syahid tanpa mengorbankan diri di jalan ALLAH ? Nabi menjawab, Ya, orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari semalam, boleh di kira syahid. :)

Yang baik semua dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku sendiri. Semoga jadi peringatan pada kita semua.. 
Assalamualaikum :)

love,

12 February 2013

Steamed Moist Mud-cake gaya Cik Mya :D

Since some of u guys requested to me so many recipes
and this one i realized is wayyy on top of the list 
and todayyyyyyy i feel very much kind-hearted to write down for u guys the recipe
for those who lovess chocolates so much and and is looking for a simple recipe
so here u are;




















very much muddaaayyy

Okay this is the bahan bahan. take note ! ^_^

Cake:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (mya guna jenama Van Hauten)
2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh baking soda

3 biji telur 
1 cawan gula

1 cawan air suam 

3/4 cawan minyak masak kelapa sawit
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen Vanilla


Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda, letak tepi. Pegi panaskan pengukus.
2. Pukul telur guna hand machine mixer sampai berbuih pastu masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang dah di ayak tadi, sikit sikit selang seli dengan air suam, kacau gunakan senduk kayu, masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. gunakan kaedah kaup balik. jangan over mix taw, 
4. Alaskan acuan bulat (atau petak) diameter 24cm dengan baking sheet,  curahkan adunan dalam acuan.
5. Tutup atas acuan tu dengan alumunium foil supaya air jatuh atas kek.
6. Kukus sampai 1 jam - 1 jam setengah. Sejukkan kek bawah kipas. Nak tiup ponn boleh jangan semput sudah :P 
7. Dah sejuk, pelan pelan tebalikkan kek tu atas pinggan dan wallah ! siap untuk di decorate

Topping dan Hiasan:

1 bar coklat masakan  
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus.
1/2 sudu teh  esen vanilla. 

Cara-cara:

1. cairkan semua bahan bahan kat atas ni guna teknik Double Boiler.
2. Tuang kan atas kek 
3. Taburkan chocolate rice
Ta raa

love,